Terdapat beberapa kemudahan asas yang terdapat di sekitar kampung Lubok Redan dan perumahan untuk kegunaan komuniti setempat dan sekitarnya. Hampir 100% kawasan Lubuk Redan telah disediakan kemudahan asas seperti, tempat menunggu bas, pondok telefon, talian-talian telco, air, eletrik dan jalan raya. Dengan adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan ini, komuniti dapat memanfaatkan kemudahan tersebut secara optimum. Ia juga dapat memudahkan komuniti untuk melakukan aktiviti harian seperti, membaca dan meminjam buku di perpustakaan desa, bersukan dipadang futsal dan juga menjalankan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang berdekatan.
Kemudahan yang di sediakan disekitar Lubuk Redan
Perpustakaan Desa Datuk Wira Borhan Mad Yaman
(Taman Seri Redan)
Bilik Bacaan & Mengaji
(Taman Seri Redan)
Perpustakaan Desa (Kampung Lubok Redan)
Masjid Kampung Lubok Redan
MASJID AL-ANSHARIAH, KAMPUNG LUBOK REDAN
Latar Belakang
Masjid ini terletak di km 10, sungai baru ilir dan dibina pada tahun 1928-1930 seperti tercatat di pintu gerbang masjid 1930 (1351h). Tapi pembinaan terhenti kerana menghadapi kemelesetan ekonomi dan disambung semula pada tahun 1938. Pembinaan masjid diteruskan semula oleh sidang Letak Bin Rauf berserta beberapa orang lainnya dengan mengutip derma dari masyarakat kampung. Jumlah kutipan dibuat berdasarkan kepada :
- Pertama orang yang sudah berkahwin sebanyak RM 25.00.
- Keduanya bagi orang yang bujang sebanyak RM 15.00.
Tukang yang membina masjid ini ialah cina Melaka dan orang kampung turut membantu dengan diberi upah. Tapak tanah masjid ini diwakafkan oleh Puan Naimah Binti Amin. Masjid ini telah diubahsuai sebanyak dua kali. Pertama pada tahun 1970 an dengan pembiayaan kerajaan negeri. Kemudian penambahan pula pada bahagian belakang dilaksanakan dengan pembiayaan kerajaan negeri juga. Untuk pengubahsuaian kali ke-dua ini telah dilakukan perasmian oleh Yb Datuk Hj Jaafar Bin Lajis sebagai wakil ketua menteri.
Surau Taman Haji Abdullah Samad
Balairaya Komuniti Taman Haji Abdullah Samad
Gelanggang futsal