'BELIA HARAPAN BANGSA' telah menjadi kata-kata semangat bagi ramai belia. Ini dibuktikan dengan penglibatan ramai belia pada masa kini dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan berkaitan dengan komuniti.
Di Lubuk Redan ini juga para belia tidak terkecuali dengan penglibatan dengan aktiviti-aktiviti tersebut. Di sini mereka terlibat dengan aktiviti berkompang dan juga aktiviti sukan seperti sepak takraw, senamrobik dan juga futsal.
senaman erobik yang dilakukan setiap hujung minggu oleh komuniti setempat menjamin kesihatan yang baik khususnya kepada para belia dan juga dewasa.