Makanan selalu menjadi pertanyaan jika kita ke pergi ke sesuatu tempat. Kalau ke Lubok Redan banyak juga kedai atau gerai makanan dan minuman yang menjadi pilihan. Di sekitar NADI Taman Seri Lubok redan terdapat beberapa kedai atau gerai makanan yang boleh dicuba. Antaranya ialah ;

S.J Kitchen Ujong Padang

297103591 575156847373039 2078747464300002902 n

Alamat : 9395+7J, 78300 Masjid Tanah, Malacca

No.Telefon : 018-945 6221/ 014-333 6221

Waktu operasi : 11.30 pagi - 8.30 malam

FB & TikTok : S.J Kitchen | Masjid Tanah / TikTokOfficial 

Kedai makan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Antara menu yang popular ialah Nasi Kerabu.Selain itu terdapat juga menu western seperti Chicken chop dan Meatball , Nasi Beriyani , bihun Sup Utara dan Laksa. 

346876949 795094965613851 2200533023217080335 n

347012283 1876156542764432 6976304539882080704 n

345844345 6157142211046772 2886210791252585799 n

Mencari kedai untuk minum petang terdapat juga gerai cendol dan rojak yang berhampiran NADI Taman Seri Lubuk Redan. Gerai cendol dan ABC yang sangat terkenal dengan penduduk setempat ini juga sering mendapat tempahan untuk majlis perkahwinan. Disebelah gerai ini juga terdapat gerai rojak yang juga terkenal dengan penduduk setempat.

Cendol Mokhtar Ujong Padang

Alamat : Bt. 25, Kg Ujong Padang Lubok Redan, 78300 Masjid Tanah, Melaka

No.Telefon : 010-538 3102

Waktu operasi : 12.00 tengah hari - 5.00 petang

FB : Cendol Mokhtar Ujong Padang | Masjid Tanah

cendol

rojak

cendol durian

cendol biasa

Selain cendol dan rojak , boleh juga menikmati minum petang di Street Waffle. Bukan sahaja hanya ada waffle tapi ada juga Roti Mexico , Puff Pastri , jagung Cawan dan Kaya Ball. Makanan panas sambil kena angin pantai berhampiran terasa nikmatnya.

Street Waffle , Kuala Sg Baru

Alamat : KS 196 BT. 26ΒΌ KUALA SUNGAI BARU, Malacca City, Malaysia

No Telefon : 011-2186 8257 

Waktu operasi : 11.00 pagi - 9.45 malam

FB : Street Waffle | Kuala Sg Baru

SW2

SW3

Sumber maklumat dan gambar didapati terus dari media sosial kedai/gerai seperti dipaparkan.