Kisah kejayaan ini merupakan hasil dari penggunaan PI Taman Seri Lubuk Redan oleh komuniti yang berhasil untuk memajukan diri tidak kira dalam bidang pendidikan mahupun perniagaan bagi tahun 2017.

Komuniti boleh mempelajari asas keusahawanan bagi yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. dan bagi yang ingin mempelajari bidang asas ICT, pihak kami juga turut mengadakan kelas bagi mereka yang berminat terutamanya para pelajar dan juga surirumah.


 

CELIK IT

Nama : Muhammad Aidil Iskandar bin Ramli
Umur : 13 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pelajar Pendidikan Khas.

 

Kisah Kejayaan

Beliau merupakan seorang pelajar Pendidikan Khas yang sepatutnya berada di tingkatan 1 mempunyai masalah dalam pembelajaran dan kini beliau berada di tahun 6. Beliau mempunyai masalah dalam mengenal huruf dan membaca. Pada awalnya beliau datang ke PI Taman Seri Lubuk Redan kerana Mengikut kawan-kawan yang datang untuk menggunakan komputer. Selepas melihat kawan-kawannya menyertai kelas-kelas komputer, secara tidak langsung menarik minat beliau untuk menjadi ahli seterusnya belajar menggunakan komputer dari asas. Petugas-petugas juga menyediakan permainan sambal belajar bagi menarik minat beliau untuk belajar sambil bermain. Kini, beliau sudah boleh mengeja dan membaca mengikut sukukata.

 

 USAHAWAN 1

Nama : Hajaratul Asmak Binti Ibrahim
Umur : 24 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Cik Hajaratul Asmak Binti Ibrahim merupakan seorang usahawan menjual tudung.

 

Kisah Kejayaan

Beliau Datang Ke Pusat Internet Dengan Tujuan Untuk Menggunakan Internet Bagi Memasarkan Tudung Secara Online. Beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB (belum dibangunkan page perniagaan secara rasmi serta mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi.

  • Beliau turut didedahkan mengenai cara menggunakan online banking danempelajari cara untuk mengesan produk yang di pos.

 

 USAHAWAN 2 

Nama : Norasmahwati binti Yatim
Umur : 50 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Cik Norasmahwati binti Yatim merupakan seorang usahawan khemah dan katerer.

Kisah Kejayaan

Beliau Datang Ke Pusat Internet Dengan Tujuan Untuk Menggunakan Internet Bagi Mempromosikan khemah beliau. Beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB (belum dibangunkan page perniagaan secara rasmi serta mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/rugi serta catatan pesanan..