CELIK IT
Nama | : Muhammad Aidil Iskandar bin Ramli |
Umur | : 13 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Beliau merupakan seorang pelajar Pendidikan Khas.
Kisah Kejayaan
Beliau merupakan seorang pelajar Pendidikan Khas yang sepatutnya berada di tingkatan 1 mempunyai masalah dalam pembelajaran dan kini beliau berada di tahun 6. Beliau mempunyai masalah dalam mengenal huruf dan membaca. Pada awalnya beliau datang ke PI Taman Seri Lubuk Redan kerana Mengikut kawan-kawan yang datang untuk menggunakan komputer. Selepas melihat kawan-kawannya menyertai kelas-kelas komputer, secara tidak langsung menarik minat beliau untuk menjadi ahli seterusnya belajar menggunakan komputer dari asas. Petugas-petugas juga menyediakan permainan sambal belajar bagi menarik minat beliau untuk belajar sambil bermain. Kini, beliau sudah boleh mengeja dan membaca mengikut sukukata.
USAHAWAN 1
Nama | : Hajaratul Asmak Binti Ibrahim |
Umur | : 24 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Cik Hajaratul Asmak Binti Ibrahim merupakan seorang usahawan menjual tudung.
Kisah Kejayaan
Beliau Datang Ke Pusat Internet Dengan Tujuan Untuk Menggunakan Internet Bagi Memasarkan Tudung Secara Online. Beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB (belum dibangunkan page perniagaan secara rasmi serta mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi.
- Beliau turut didedahkan mengenai cara menggunakan online banking danempelajari cara untuk mengesan produk yang di pos.
USAHAWAN 2
Nama | : Norasmahwati binti Yatim |
Umur | : 50 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Cik Norasmahwati binti Yatim merupakan seorang usahawan khemah dan katerer.
Kisah Kejayaan
Beliau Datang Ke Pusat Internet Dengan Tujuan Untuk Menggunakan Internet Bagi Mempromosikan khemah beliau. Beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB (belum dibangunkan page perniagaan secara rasmi serta mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/rugi serta catatan pesanan..
- << Seterusnya
- Seterusnya