Latar Belakang
Lubuk Redan adalah sebuah kampung tradisional yang terletak 8km dari bandar Masjid Tanah dan 45km dari bandar Melaka. Kampung Lubok Redan berasal dari nama pokok redan yang suatu ketika dahulu banyak terdapat di kawasan penempatan awal kampung ini. Kini Kampung Lubok Redan terletak dalam DUN Tanjung Bidara dan dalam Parlimen Masjid Tanah. Wakil Rakyat DUN ialah YB En. Md Rawi bin Mahmud, manakala wakil Parlimen ialah YB Mas Ermieyanti binti Samsudin. Pentadbiran Kerajaan adalah dalam Daerah Alor Gajah dan Pentadbiran Kerajaan Tempatan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah.
Pada awalnya kampung Lubok Redan merupakan sebuah kampung tradisional dan seterusnya berkembang pesat dan kini mempunyai 3 buah taman. Antara taman-taman perumahan yang terdapat di Lubok Redan ini ialah Rumah Awam Rembia (Taman Haji Abdullah Samad), Taman Seri Redan, dan Taman Lubok Redan.
(SUMBER DARI GOOGLE)
Lagenda
Di tepi sungai terdapat sebuah paya yang dipenuhi dengan hutan dan pokok yang bernama 'Redan'. Pokok Redan ialah salah satu daripada 25 spesies tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Tenggara. Antara pokok lain yang berkait dengan Pokok Redan ialah Pokok pulasan dan pokok Rambutan tetapi buahnya seperti Buah Anggur dan panjang sedikit. Pokok Redan berbuah lebat sehingga dahan mencecah air.
Paya pula terdiri dari tanah berambut iaitu bergoyang-goyang apabila dipijak dan dikenali sebagai ''lubok''. Pokok-pokok redan di lubok tersebut, apabila hujan lebat dipenuhi air dan menjadi tempat permandian anak -anak kampung.
Muafakat masyarakat akhirnya menyatukan nama ''lubok'' dan ''Redan'' sebagai nama kampung yang didiami sehingga sekarang. Ia diberi nama sebagai Kampung Lubok Redan .
Kampung Lubok Redan terletak di Mukim Sungai Baru Hilir dalam Daerah Alor Gajah. Terletak 9 km dari Pekan Masjid Tanah dan 38 km dari Bandar Melaka. Keluasannya ialah 405 ekar persegi. Ia meliputi 205 ekar kawasan perumahan 165 ekar kawasan tanaman 30 ekar terbiar dan 5 ekar tanah Wakaf.
Terdapat 4 solok iaitu Solok Balek Hutan, Solok Hulu, Solok Baruh dan Solok Darat. Terdapat sebuah Masjid yang dinamakan Masjid Al- Anshariah Kampung Lubok Redan. Juga Terdapat sebuah sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan Lubok Redan, sebuah sekolah agama JAIM, dua buah Balairaya,dua (2) kelas tadika / kemas dan enam (6) buah Surau.