Tempat Menarik
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI
Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
06-385 2671 / 06-385 2672
Lat Long : (2.294649, 102.083995)
GPS Coordinates : 2° 17' 40.7364'' N , 2° 17' 40.7364'' N
untuk maklumat lanjut, sila klikdi sini
Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka.
Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Dengan terbinanya Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini, masyarakat akan dapat mempelajari Ilmu Falak dengan lebih mendalam lagi. Di samping itu, adalah diharapkan agar ilmu yang hampir dilupakan oleh generasi hari ini dapat dimartabatkan semula sebagaimana zaman kegemilangannya dahulu.
KOTA KUALA LINGGI
Pantai Menarik
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) berada berhampiran dengan beberapa kawasan pantai seperti Pantai Telok Gong, Pantai Pengkalan Balak, Pantai Padang Kemunting, Pantai Tanjong Bidara serta beberapa lagi kawasan pantai yang saban waktu menarik kunjungan para pelancong. Kehadiran para pelancong tidak kira dari kawasan dalam Melaka mahupun dari luar Melaka menjadikan tepian pantai ini meriah dah tidak penah sunyi.
Pantai Tanjong Bidara
Pantai Telok Gong
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Padang Kemunting
Tempat Bersejarah
Perang yang berlangsung antara Belanda dan Bugis sepanjang 1756-1757 dan sebagai tanda pendamaian, Belanda dan Bugis membina kota ini dan pada 1 Januari 1758, satu perjanjian bersama yang membolekan Belanda mengambil Kota ini untuk mengawal perdagangan bijih dari Sungai Linggi dan sungai Rembau. Kota ini di tinggalkan bila pengeluaran bijih berkurangan.
Kawasan Peninggalan Sejarah Fort Supai
Selain itu Masjid Tanah juga salah satu tempat bersejarah berhampiran dengan NADI Taman Seri Lubuk Redan. Masjid Tanah nama sebuah temapat di daerah Alor Gajah mendapat nama dari sebuah masjid yang dibina di tengah-tengah pekan dan dibina menggunakan tanah di tepian sungai. Nama asal adalah Pekan Sungai Baru sempena nama sebatang sungai iaitu Sungai Baru. Lokasi masjid tersebut dibina ditepi sungai itu dan terletak didalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang bernama Sheikh Khadi Abdul Latif berasala dari Gujerat India namun sebenarnya dari keturunan Rab Yaman. Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut berkerja keras dalam pembinaannya. Pada awalnya pembinaan kesemua bahagian termasuk lantai mahupun dinding diperbuiat daripada tanah maka dari situlah ia dikenali umum sebagai Masjid Tanah. Pada tahun 1951 masjid ini telah diubahsuai. Antara kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan ialah memperbaiki tapak dan menggantikan bumbung. Masih ada lagi tinggalan binaan tanah yang dipamerkan di dalam masjid ini. Masjid ini juga telah didaftarkan di sebagai WARISAN dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AKTA645) oleh Jabatan Warisan Negara.
Sumber dan gambar Masjid Tanah didapati di Klik Disini dan Klik Disini
Terdapat banyak tempat penginapan menarik berdekatan dengan NADI Taman Seri Lubuk Redan. Sudah tentu lah penginapan yang selesa menjadi pilihan pelancong atau pengunjung yang datang ke sini. Berikut adalah beberapa chalet atau resort yang berhampiran ;
Taming Sari Beach House , Kuala Sg Baru
Jalan Kampung Solok, Kampung Hilir, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
Media Sosial Rasmi Taming Sari Beach Resort
Instagram : @thetamingsaribeachhouse
FB : The TamingSari Beach House
Villa D'Acqua Resort , Masjid Tanah
140, Jalan Lubuk Redan / Kampung Pulau Masjid Tanah, Melaka
013-301 1117 / 019-311 4773
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Untuk maklumat lanjut : Klik Disini
Media Sosial Rasmi Villa D'Acqua
The Arjana Resort
Lot 3357, Jalan Pengkalan Balak, Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Untuk maklumat lanjut : Klik Disini
Media Sosial Rasmi The Arjana Resort
Ruqayyah Beach Resort , Telok Gong
201, 78300, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Media Sosial Rasmi Ruqayyah Beach Resort
Sumber : Semua gambar dan maklumat dan gambar mengenai chalet atau resort diatas diambil secara terus dari media sosial rasmi chalet atau resort.