Tempat Bersejarah
Perang yang berlangsung antara Belanda dan Bugis sepanjang 1756-1757 dan sebagai tanda pendamaian, Belanda dan Bugis membina kota ini dan pada 1 Januari 1758, satu perjanjian bersama yang membolekan Belanda mengambil Kota ini untuk mengawal perdagangan bijih dari Sungai Linggi dan sungai Rembau. Kota ini di tinggalkan bila pengeluaran bijih berkurangan.
Kawasan Peninggalan Sejarah Fort Supai
Selain itu Masjid Tanah juga salah satu tempat bersejarah berhampiran dengan NADI Taman Seri Lubuk Redan. Masjid Tanah nama sebuah temapat di daerah Alor Gajah mendapat nama dari sebuah masjid yang dibina di tengah-tengah pekan dan dibina menggunakan tanah di tepian sungai. Nama asal adalah Pekan Sungai Baru sempena nama sebatang sungai iaitu Sungai Baru. Lokasi masjid tersebut dibina ditepi sungai itu dan terletak didalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang bernama Sheikh Khadi Abdul Latif berasala dari Gujerat India namun sebenarnya dari keturunan Rab Yaman. Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut berkerja keras dalam pembinaannya. Pada awalnya pembinaan kesemua bahagian termasuk lantai mahupun dinding diperbuiat daripada tanah maka dari situlah ia dikenali umum sebagai Masjid Tanah. Pada tahun 1951 masjid ini telah diubahsuai. Antara kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan ialah memperbaiki tapak dan menggantikan bumbung. Masih ada lagi tinggalan binaan tanah yang dipamerkan di dalam masjid ini. Masjid ini juga telah didaftarkan di sebagai WARISAN dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AKTA645) oleh Jabatan Warisan Negara.
Sumber dan gambar Masjid Tanah didapati di Klik Disini dan Klik Disini